AGM SESI 2019/2020 DAN IFTAR PERDANA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » AGM SESI 2019/2020 DAN IFTAR PERDANA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

AGM SESI 2019/2020 DAN IFTAR PERDANA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

 

Oleh: Nur Liyana Binti Fakruddin (Tahun 2) (Bacelor Sains Pembangunan Manusia Dengan Pengurusan)

Suntingan oleh: Nor Hidayah Mohammad



SERDANG, 16 Mei 2019 - Human Ecology Student Associations (HESA) telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan bagi Sesi 2018/2019. HESA juga telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa dengan kerjasama Human Development Club (HDC), Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Music Circle dan Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUPM) pada hari yang sama yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan fakulti dan alumni Fakulti Ekologi Manusia.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar FEM dengan pengurusan fakulti dan alumni. Penganjuran program tersebut juga bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan para pelajar FEM yang mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan jati diri yang kuat selain daripada untuk membimbing para pelajar agar seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Program ini telah berlangsung dari jam 5.00 petang yang dimulai dengan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2019/2020 dan diikuti dengan majlis berbuka puasa. Semua peserta solat Maghrib berjemaah di Dewan Al-Farabi sebelum menjamu hidangan juadah yang berat dan satu tazkirah ringkas juga telah diadakan dan disampaikan oleh Abdul Muiz Luqman Bin Latiff, Presiden PMIUPM. Program berakhir setelah selesai solat Isya’ dan solat terawih berjemaah pada jam 9.45 malam.

 

 

 

 

 

         
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUTAL~