BUKU “TRANSFORMASI KEPEMIMPINAN IPT DI MALAYSIA”, SUNTINGAN PROF. MADYA DR. MOHD IZANI MOHD ZAIN DILANCAR | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » BUKU “TRANSFORMASI KEPEMIMPINAN IPT DI MALAYSIA”, SUNTINGAN PROF. MADYA DR. MOHD IZANI MOHD ZAIN DILANCAR

BUKU “TRANSFORMASI KEPEMIMPINAN IPT DI MALAYSIA”, SUNTINGAN PROF. MADYA DR. MOHD IZANI MOHD ZAIN DILANCAR

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKePT) telah menganjurkan Program Wacana Akademia dan Pelancaran Buku Transformasi Kepemimpinan Institut Pendidikan Tinggi di Malaysia pada 11 Ogos 2017 (Jumaat), jam 9.00 hingga 11:30 pagi di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

 

Penasihat Sains kepada YAB Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Tan Sri Zakri Abdul Hamid telah menyempurnakan pelancaran Buku Transformasi Kepemimpinan IPT di Malaysia. Buku ini disunting oleh Profesor Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia UPM bersama Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Penganjuran program Wacana Akademia adalah satu platform untuk membincangkan soal transformasi kepemimpinan yang menjadi asas kepada kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara dalam Cabaran Universiti 4.0. Kemunculan Revolusi Industri 4.0 sedikit sebanyak membuka perdebatan bagaimana bentuk kepemimpinan IPT yang diperlukan.

 

Antara panel yang terlibat ialah Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, (IPTA), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, Ahli Lembaga Penasihat AKEPT merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali dan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PENDAPAT), Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman. Moderator wacana ialah Tuan Haji Nazri Kahar daripada Astro AWANI.

 

Buku Transformasi yang diterbitkan oleh Penerbit UPM adalah bertitik tolak daripada penganjuran Program Pemerkasaan Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Media oleh AKEPT dan UPM. Lebih istimewa, ia adalah buku pertama seumpamanya yang membincangkan soal transformasi kepemimpinan IPT dengan memberi fokus kepada lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi), atau PPM PT 2015-2025.

Tarikh Input: 28/08/2017 | Kemaskini: 28/08/2017 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYTAC~