Konsert Putra Piano Trio | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Konsert Putra Piano Trio

Konsert Putra Piano Trio

Oleh:  Prof. Madya Dr. Yeoh Pei Sze dan Jorainiah Deraman
          Jabatan Muzik

 

 

SERDANG - Konsert ‘New Frontiers’ atau Konsert Putra Piano Trio anjuran Jabatan Muzik telah berjaya dilaksanakan pada malam 5 Oktober 2018 di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Acara ini dihadiri Naib Canselor UPM, Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris dan Naib Canselor UCSI University, Prof. Dato’ Dr. Khalid Yusoff. Seramai 150 penonton menghadiri konsert ini, termasuk juga dekan-dekan dari fakulti-fakulti lain di UPM.

Salah satu tujuan konsert ini adalah untuk menjana dana bagi Jabatan Muzik yang ingin meningkatkan taraf fasiliti untuk penggunaan pelajar-pelajar mereka.  Konsert ini dipersembahkan oleh Putra Piano Trio yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh (UPM), Prof. Madya Dr. Chong Yew Yoong (UiTM) dan En. Lee Yin Hwa (UCSI). Antara komposisi yang dipersembahkan adalah komposisi Astor Piazzolla, Gabriel Faure, Chick Corea, dan gubahan lagu-lagu klasik P.Ramlee. Konsert ini terbuka kepada orang awam dengan tiket yang berharga RM 50 seorang.

Persembahan ini menglibatkan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi yang lain, amat digalakkan oleh Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris. Beliau berharap bahawa konsert seperti ini boleh dipromosikan pada skala yang lebih besar pada masa hadapan.

 

Ketibaan Naib Canselor
 

 

 
Dr. Chan Cheong Jan, Prof. Madya LAr Dr. Osman Mohd Tahir, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Madam Esther, Prof. Madya Dr. Yeoh Pei Sze, Dr. Choong Yew Yoong & Encik Lee Yin Hwa
 

 

 

 

 

 
Prof. Madya Dr. Yeoh Pei Sze dan pelajar-pelajar Jabatan Muzik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 19/11/2018 | Kemaskini: 19/11/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUIAS~