| FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN DAN TAHLIL ARWAH

 

Oleh:  Ain Nisrin Adnin

 

SERDANG, 26 April 2019 -  Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah pada 26 April 2019 bertempat di Bilik Sidang, Fakulti Ekologi Manusia.  Seramai 30 hingga 35 orang staf termasuk pegawai akademik dan staf pelaksana turut hadir ke majlis tersebut. Turut hadir ke majlis ini, ahli pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR).

Antara aktiviti yang diadakan adalah Tazkirah daripada Dr. Mohamad Nidzam Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK). Topik tazkirah yang disampaikan adalah Persediaan Menjalani Ibadah Puasa dan program diteruskan dengan majlis bacaan yasin dan tahlil dengan bimbingan penceramah. Selain itu, pihak Kelab juga telah menyampai sedikit sumbangan kepada staf yang kehilangan ahli keluarga pada majlis tersebut.

Majlis tamat pada jam 12.15 tengahari.


 
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SXDcXAm~