Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Kursus Asuhan Dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA

Oleh:  Ahmad Sabri Nordin
           Unit Latihan GENIUS Negara, 
Fakulti Ekologi Manusia

 

SERDANG, 11 Sept. 2020 - Fakulti Ekologi Manusia  telah dilantik sebagai  Agensi Peneraju untuk mengendalikan latihan kepada pendidik PERMATA Negara (sekarang dikenali dengan GENIUS Negara) bermula dari bulan Januari 2010 sehingga kini.

       


Unit Latihan GENIUS Negara, Fakulti Ekologi Manusia selaku pengurus latihan ini telah melatih seramai 1,711 pendidik mengikuti Kursus Asas Asuhan PERMATA, Kursus Peningkatan (Advancement) dan Kursus Penerokaan Bidang Baru (Enhancement).




Pada 24 Ogos hingga 10 September 2020 telah diadakan Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak  PERMATA di RHR Kajang yang melibatkan seramai 40 orang pendidik Pusat Anak Genius Negara seluruh Malaysia. Peserta kursus didedahkan tentang pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik serta mengasuh anak-anak berumur 0-4 tahun.



Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Noraisah binti  Spahat, Setiausaha Bahagian Genius, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis turut dihadiri Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan  Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga yang juga Ketua Unit Latihan Genius Negara. Majlis diserikan dengan persembahan oleh peserta kursus.

 


 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/09/2020 | Kemaskini: 11/09/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUFA0~