| FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Majlis Serahan Surat Lantikan CEO@PTJ

Oleh:  Encik Zamre Yaacob
          Pejabat Timbalan Dekan (PS & JINM)
          Fakulti Ekologi Manusia

 

SERDANG, 15 Disember 2021 – Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan majlis serahan surat lantikan CEO@PTJ
kepada YBhg. Dato Chin Eu Khoo. Lantikan ini adalah untuk CEO@PTJ di FEM bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2021 hingga 30 Oktober 2023.

YBhg. Dato’ Chin Eu Khoo sekarang ini menjawat jawatan sebagai Human Resources Director, Asia Area [Singapore] dan Human Resources Director,
Malaysia [Kuala Lumpur], bagi syarikat AstraZeneca.

Beliau juga adalah alumni FEM bagi tahun 1996 yang telah mengambil program Bacelor Sains Pembangunan Manusia. Majlis ini dilangsungkan di Bilik Sidang,
FEM dan telah dihadiri oleh barisan ahli pengurusan FEM.

 

 
     
 

 

 

 

 

 

 

SXDdOAg~