SHANGHAI, 9 Mei - Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Saritha Cham Nong melakar sejarah apabila muncul bersama dua rakan sepasukan atlet memanah wanita negara dengan menjuarai acara compound Peringkat Pertama Piala Dunia 2015 di Shanghai, China.
Trio negara beliau bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Nor Rizah Ishak berjaya menewaskan pasukan nombor satu dunia, Amerika Syarikat yang diwakili oleh Crystal Gauvin, Angela Bradley dan Lexi Keller 220-219 mata dalam saingan perlawanan akhir yang mendebarkan.
Saritha, 27, pelajar tahun 3, Bacelor Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia amat menghargai usaha Pusat Sukan UPM yang memberinya banyak pendedahan beraksi dalam kejohanan memanah dan padang latihan.
Sudah tentu hadiah ini untuk negara dan UPM, kata anak kelahiran Pengkalan Hulu, Perak yang berketurunan Siam ketika dihubungi akhbar Tribun Putra.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli