Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama Persatuan Penggiat Seni Pahang (PERSIAP) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Perbincangan kerjasama strategik bersama Persatuan Penggiat Seni Pahang (PERSIAP)

Perbincangan kerjasama strategik bersama Persatuan Penggiat Seni Pahang (PERSIAP)

Oleh: Dr. Mohd Najmi Daud
         Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga


SERDANG, 13 November 2019 - Pada 11 November 2019 yang lalu, pihak Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK), Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah menerima kunjungan dari pihak Persatuan Penggiat Seni Pahang (PERSIAP). Kunjungan ini bertujuan membincangkan satu kerjasama startegik antara JPMPK dan PERSIAP bermula pada tahun 2020. Pihak PERSIAP telah diwakili oleh Encik Yusnizam Yusuff dan Encik Shiz Kassim. Manakala, JPMPK diwakili oleh Dr. Mohd Najmi Daud, Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Dr. Rojanah Kahar, Dr. Nellie Ismail dan Encik Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam.

Sesi pertemuan ini merupakan lanjutan daripada perbincangan awal yang telah diadakan sebelum ini. Melalui perbincangan ini, PERSIAP telah menzahirkan minat mereka untuk menjalinkan kerjasama dengan JPMPK untuk menjalankan satu projek pembangunan modal insan pada pertengahan tahun hadapan di negeri Pahang. Hasil perbincangan ini, pihak JPMPK telah menyatakan persetujuan awal untuk merealisasikan projek kerjasama ini dengan menyumbang tenaga pakar bersesuaian dengan kehendak pihak PERSIAP.   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/11/2019 | Kemaskini: 14/11/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEaBAt~