| FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Persidangan maya International Archives of Sound and Audiovisual Archives (IASA)


Oleh:  Dr. Ahmad Faudzi Musib
          Pensyarah Kanan
          Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia


SERDANG, 11 Oktober 2021
- Persidangan maya International Archives of Sound and Audiovisual Archives (IASA) yang berlangsung selama 5 hari, bermula pada 27 September hingga 1 Oktober 2021 telah menyaksikan konferen yang mengikut tiga zon waktu yang berbeza: Amerika, Eropah / Afrika, dan Australasia. Tema konferen ini ada bertajuk Closing the gap for a new generation of sound and audiovisual archives

Universiti Putra Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia, khususnya Jabatan Muzik telah dipilih sebagai peneraju untuk benua Asia dan Australasia. Dr Ahmad Faudzi Musib, Pensyarah Kanan Jabatan Muzik, diundang untuk memberikan welcome address pada hari pertama persidangan bersama President IASA Tre Berney. Dr. Ahmad Faudzi juga memperkenalkan En Paul Charles Augustin – Pengarah Penang Music House, sebagai wakil Asia dan Australasia, bagi menyampaikan keynote address pertama dengan tajuk Sights, Sounds and Stories: Malaysian Music Preservation and Beyond

Selain Universiti Putra Malaysia, tiga lagi Institusi yang menyelaraskan program persidangan di setiap zon adalah University of Ghana (untuk Afrika), Netherlands Institute for Sound and Vision (untuk Europe) dan Radio y Television National de Colombia (untuk Amerika).

Beliau juga berpeluang membentangkan dapatan kajian bertajuk Ethics of Sound Quality in the Social Practice of Teaching, Learning and Promoting Cultural Content  dimana Dr Ahmad Faudzi Bin Musib memfokuskan aspek Audio Processing Applied To An Online Teaching Environment: How To Preserve Experience. Kajian ini merupakan dapatan penyelidikan bersama yang dibentangkan secara penal session yang terdiri dari Shanghai Conservatoire of Music CHINA, University of Visual and Performing Arts SRI LANKA, National Library of Lao LAOS, pada 28 September.

Turut menjayakan persidangan maya ini adalah Dr Camellia Siti Maya Binti Mohamed Razali dan En. Gerald Ng Kea Chye dari Jabatan Muzik Fakulti Ekologi Manusia.

Pada 30 September pula merupakan sessi perkongsian bahan koleksi arkib Audio-visual Resource Centre for Performing Arts ARCPA Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia kepada 400 pengunjung konferen yang berakhir pada 1 Oktober 2021.

 

 
     
 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

SXETLA4~