| FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Program Saringan Kesihatan Anjuran Pelajar Dietetik

Oleh:  Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

 
 
 
 
SERDANG, 5 Oktober 2018 - Program saringan kesihatan yang dianjurkan oleh pelajar Dietetik tahun akhir dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah berlangsung di Foyer Blok A, Fakulti Ekologi Manusia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengukuran berat dan tinggi, ukur lilit pinggang, peratusan lemak dalam badan,tekanan darah dan kaunseling pemakanan. 
 
 
 
 
 
Tujuan utama program saringan kesihatan ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan staf dan pelajar secara percuma. Saringan kesihatan ini wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. 
 
 
 
 
 
Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar dietetik tahun akhir mempraktikkan teori yang dipelajari oleh mereka dalam situasi yang sebenar. 
 
 
 
 
 
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 58 orang warga UPM yang terdiri daripada staf dan pelajar. 
 
Diharapkan program sebegini dapat memberi impak yang positif dan bermakna kepada peserta. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SXDdDAP~