Projek Agihan Buku Waqaf Kepada Pertubuhan Dakwah Terpilih Di Malaysia Dengan Kerjasama Multaqa Asatizah Dan Du’at | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Projek Agihan Buku Waqaf Kepada Pertubuhan Dakwah Terpilih di Malaysia Dengan Kerjasama Multaqa Asatizah dan Du’at

Projek Agihan Buku Waqaf Kepada Pertubuhan Dakwah Terpilih di Malaysia Dengan Kerjasama Multaqa Asatizah dan Du’at

Oleh:  Prof. Madya Ku Hasnita Ku Samsu
           Pengarah Projek Agihan Buku Waqaf
           Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
           Fakulti Ekologi Manusia

 

 

 

SERDANG, 26 April 2021Alhamdulillah, projek agihan buku wakaf dengan kerjasama Multaqa Asatizah dan Du’at yang merupakan sebuah projek pemindahan ilmu telah dilaksanakan pada 9 April 2021. Projek anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM ini telah berjaya  menghimpunkan 13 pertubuhan dakwah terpilih untuk menerima agihan buku wakaf. Setiap pertubuhan dakwah diagihkan sebanyak 120 naskah buku. Pertubuhan dakwah terpilih ini terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan iaitu:

  1. Gabungan Dakwah Malaysia
  2. Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK
  3. Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  4. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah
  5. PERKIM Bahagian Negeri Selangor
  6. Hidayah Centre Foundation
  7. Malaysian Indian Revert Association (MIRA)
  8. Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (PKPIOA)
  9. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
  10. Jabatan Penjara (Penjara Kajang)
  11. Yayasan Ikhlas
  12. Islamic Outreach ABIM
  13. Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Kejayaan penganjuran projek ini membuktikan bahawa usaha pemindahan ilmu melalui agihan buku waqaf bertajuk “Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf” hasil karya Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir yang merupakan ahli Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan masih boleh dilaksanakan sekalipun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akibat penularan wabak COVID-19. Ringkasnya objektif projek agihan buku wakaf  ini adalah untuk membantu bagi menambahkan ilmu pengetahuan golongan muallaf berkaitan agama Islam. Selain itu, buku ini juga diharapkan dapat menjadi sumber tambahan kepada pertubuhan dakwah dalam menyantuni dan berinteraksi  dengan golongan muallaf.  Buku yang diagihkan kepada wakil pertubuhan dakwah terpilih ini akan diedarkan kepada para muallaf yang berada di bawah naungan mereka serta untuk digunakan dalam program dan kuliah bimbingan bersama golongan muallaf. Seterusnya pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa terhadap beberapa pertubuhan dakwah tersebut bagi memastikan projek pemindahan ilmu ini mencapai objektif yang ditetapkan.

 

   
         
   
         
   
         
         

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/04/2021 | Kemaskini: 26/04/2021 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUKAF~