Saritha Dinobatkan Sebagai Olahragawati UPM 2016 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Saritha dinobatkan sebagai Olahragawati UPM 2016

Saritha dinobatkan sebagai Olahragawati UPM 2016


Atlet memanah kebangsaan, Saritha a/p Cham Nong telah dinobatkan sebagai Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-32, Tahun 2016.

Beliau menerima wang tunai RM1,000 berserta jaket, trofi, jam tangan dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia ini juga berharap dapat membawa pulang satu pingat daripada Kejohanan Universiti Dunia 2016 di Mongolia yang akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun ini.


Tarikh Input: | Kemaskini: | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYXA2~