Tahniah Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff Telah Memenangi 'Gold Medal' Bertajuk Pembangunan Modul Interaktif ‘Augemented Reality’ Board Game Kembara P4T | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Tahniah Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi 'Gold Medal' bertajuk Pembangunan Modul Interaktif ‘Augemented Reality’ Board Game Kembara P4T

Tahniah Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi 'Gold Medal' bertajuk Pembangunan Modul Interaktif ‘Augemented Reality’ Board Game Kembara P4T

Oleh:   Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
           Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
           Fakulti Ekologi Manusia

 

SERDANG, 28 Jun 2021 - Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT dikurniakan 'Gold Medal' bertajuk Pembangunan Modul Interaktif ‘Augemented Reality’ Board Game Kembara P4T dalam 'International University Carnival on E-Learning (IUCEL) bermula dari 15-16 Jun 2021, anjuran  MEIPTA, JPT,UUM

4 produk berjaya dihasilkan atas izin Allah SWT : Aplikasi Mobile P4T, Modul PdP (Terbitan Aras Mega Sdn Bhd), Kit dan 'Games Card Interactive' serta IP (HakCipta) MyIPO (CRLY00022963)

Terima kasih kepada ahli-ahli terlibat Dr Rozihan (Fakulti Pertanian /UPM), Sdr Johan Ismail (Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan /UPMKB), dan 2 Pensyarah Kolej Matrikulasi Kelantan Cikgu Zuhaizi Abdullah dan Cikgu Khairil Azuar Mohd Noor). Moga menguatkan lagi untuk menyumbang kepada komuniti pelajar, pensyarah, IPT, matrikulasi, sekolah dan lain-lain agensi

Insyallah tahun depan IUCEL2022, UPM akan menjadi 'HOST' dan tahniah semua kepada yang berjaya. Tahun ini UPM berjaya memenangi 3 Gold, 3 Silver & 1 Bronse.

Terima kasih juga atas sokongan Ybhg Dekan Fakulti Ekologi Manusia Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri. Moga FEM terus kekal gemilang dalam pelbagai disiplin ilmu dan inovasi.

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/06/2021 | Kemaskini: 28/06/2021 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZCAB~