Majlis Sepetang Bersama Alumni FEM

MAJLIS SEPETANG BERSAMA ALUMNI FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
(SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK FEM)
20 MEI 2017 (SABTU), 2.30 PETANG
DEWAN SEMINAR AL FARABI, FAKULTI EKOLOGI MANUSIA 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

  1. LATAR BELAKANG

Majlis Sepetang Bersama Alumni FEM merupakan sebahagian daripada acara sempena Sambutan Jubli Perak FEM yang diraikan sepanjang 2017. Majlis ini bertujuan untuk membawa alumni kembali ke kampus bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada alma mater. Pertemuan alumni dalam majlis ini di harap dapat menyemarakkan serta menyediakan platform kepada fakulti menyampaikan hasrat dalam menjalinkan kerjasama bersama alumni dalam pelbagai aktiviti anjuran FEM.

 

Majlis ini dilihat tepat pada waktunya dalam usaha mempertingkatkan hubungan dan jaringan (netwoking) dengan para alumni bagi memacu kecemerlangan universiti. Majlis sebegini juga dapat memberi ruang kepada alumni untuk menyuarakan pandangan serta idea sekaligus meluaskan jaringan serta menarik minat mereka untuk memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada fakulti secara berterusan.

 

Justeru, Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Pusat Alumni UPM bercadang untuk mengadakan Majlis Sepetang bersama Alumni FEM bagi memenuhi hasrat fakulti dalam menjalinkan kerjasama bersama alumni FEM dan Pusat Alumni UPM.

 

 

  1. OBJEKTIF:

 

  • Mengerat serta menjalin silaturahim sesama alumni FEM,
  • Menyediakan satu platform kepada fakulti untuk menyampaikan hasrat serta berkongsi pandangan dan idea bersama para alumni, dan
  • Memantapkan dan memperkasakan jalinan perhubungan antara alumni dengan alma mater

 

  1. SASARAN PENYERTAAN

20 orang alumni FEM yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti usahawan, alumni industri, sektor awam dan swasta serta ahli pengurusan fakulti dan Pusat Alumni.

 

  1. KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan majlis ini adalah berkonsepkan perbincangan santai dan perkongsian dua hala di antara ahli pengurusan Fakulti, alumni FEM dan Pusat Alumni UPM. 

  1. ANJURAN

Majlis ini merupakan anjuran Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Pusat Alumni UPM