Sejarah Jabatan

Jabatan Muzik (JM) ditubuhkan pada 1996, memberi tumpuan kepada persembahan  muzik dan bidang klasikal dan kontemporari. Jabatan Muzik mempunyai matlamat berikut: 

  • Melahirkan para graduan yang berilmu, berkemahiran dan berpengalaman sebagai pakar dalam bidang Muzik.
  • Melahirkan para graduan dalam bidang muzik bertaraf antarabangsa.
  • Menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan dalam pelbagai aspek bidang muzik termasuk aspek tempatan.
  • Memberi khidmat rundingan dalam bidang muzik kepada badan-badan kerajaan dan swasta khususnya institusi pendidikan, masyarakat tempatan dan juga serantau.