Sejarah Jabatan

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna (JPSPP)   memberi tumpuan kepada bidang sains pengguna dan pengurusan sumber individu,   keluarga dan komuniti dalam persekitaran mikro dan makro, untuk meningkatkan   kualiti hidup. Penekanan diberi kepada bidang ekonomi keluarga/kewangan   isirumah, pembuatan keputusan, dan pengajian pengguna yang meliputi bidang   perumahan, dan penilaian barangan pengguna termasuk pakaian dan tekstil, makanan   serta barangan isirumah. JPSPP mempunyai matlamat berikut:

  • Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang   pengurusan dan kepenggunaan.
  • Menjalankan penyelidikan yang dapat memberi sumbangan kepada negara dalam   program pembangunan sumber dan kepenggunaan.
  • Memberi perkhidmatan pakar rujuk dalam bidang pengurusan sumber dan   kepenggunaan.