Master Sains (Gender dan Pembangunan)

 

Program Master Sains (Gender dan Pembangunan) direkabentuk untuk pengamal semasa dan masa akan datang yang terlibat dalam pembangunan di lapangan dan komuniti. Selaras dengan usaha mendayaupayakan wanita dan lelaki, program ini memberi tumpuan kepada pembangunan yang menekankan penglibatan sebagai cara untuk mencapai ekuiti gender. Pelajar akan mempunyai kemahiran menjalankan analisis dan kemahiran mengenalpasti dan mengintegrasikan isu gender dalam perancangan pembangunan. Program ini juga menggunakan kajian tindakan yang mengaitkan teori dan amalan. Melalui penyelidikan pelbagai disiplin, pelajar mampu mengenalpasti sumber, menyusun atau maklumat, serta bekerja bersama komuniti untuk menyediakan pelan tindakan program pembangunan komuniti yang peka gender. Program ini memberi penekanan kepada kutipan dan penilaian data yang cekap, analisis gender, merekabentuk dan mengurus program peka gender, social inclusion, Penilaian Turut Serta Luar Bandar (Rural Rapid Appraisal). Pelajar mempunyai kemahiran mengaitkan teori dan praktis, perancangan dan tindakan setempat dengan penggubalan dasar yang sensitif kepada isu gender di pelbagai tahap. Program ini menyediakan pelajar untuk bekerja di lapangan peringkat tempatan dan antarabangsa.