Master Sains (Pembangunan Manusia)

 

Program Master Sains (Pembangunan Manusia) digubal untuk menyediakan individu dengan pengetahuan dan kepakaran terkini dalam bidang pembangunan manusia. Kursus yang ditawarkan merangkumi teori, kaedah dan analisis aspek utama dalam ekosistem manusia. Pelaksanaan dan penulisan projek penyelidikan meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengintegrasi dan mengaplikasi teori dan praktis dalam bidang pembangunan manusia.