Program Gotong-royong Pembersihan Dan Sterilisasi Pencegahan COVID-19 FEM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Program Gotong-royong Pembersihan dan Sterilisasi Pencegahan COVID-19 FEM

ACTIVITIES

Event Title
Program Gotong-royong Pembersihan dan Sterilisasi Pencegahan COVID-19 FEM
Date
12 Mar 2020 - 12 Mar 2020
Time
09.00 - 01.00
Location
Fakulti Ekologi Manusia
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku di seluruh dunia, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FEM akan mengambil langkah pencegahan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Oleh itu, FEM akan mengadakan Program Gotong-royong Pembersihan dan Sterilisasi Pencegahan COVID-19 FEM seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2020 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat berkumpul : Dataran FEM, ECO1
Pakaian : Sukan @ bersesuaian

Lokasi pembersihan :
ü Keseluruhan kawasan pejabat dan tempat kerja
ü Kawasan tumpuan umum
ü Kaunter
ü Bilik kuliah & dewan kuliah
ü Pejabat am jabatan
ü Makmal dan lain-lain

Setiap jabatan akan dibekalkan dengan cecair antiseptik dan tuala kecil untuk kerja-kerja pembersihan.

Kehadiran serta kerjasama daripada YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Updated:: 10/03/2020 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEcIAi~