BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN KEPUJIAN
Pengenalan
Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian (BSPMK) digubal berteraskan falsafah perkembangan dan pembangunan manusia sepanjang hayat merangkumi proses saling interaksi dan transaksi antara manusia dan persekitaran dengan Penciptanya merentasi sistem mikro sehingga makro. Program ini berhasrat melahirkan saintis sosial yang menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup diri, keluarga, komuniti dan ummah sejagat serta kualiti persekitaran.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:
BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN PENGURUSAN (KEPUJIAN)
Pengenalan
Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program Major-Minor iaitu Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian) (BSPMPK) hasil gabungan daripada dua bidang iaitu Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Pengurusan sebagai Minor program. Penggabungan dua bidang memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan. Perubahan di era globalisasi dan industrialisasi serta dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja pekerja berpengetahuan malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program ini dijangka dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:
BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (KEPUJIAN)
Pengenalan
Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (Kepujian) (BSPMTMK) merupakan program Major-Minor yang menekankan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Teknologi Maklumat sebagai Minor program. Program ini selaras dengan matlamat ke arah sebuah negara maju yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi maklumat. Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan gabungan ilmu antara disiplin Sains Sosial Terapan (Pembangunan Manusia) dan Teknologi (Teknologi Maklumat) supaya dapat melahirkan graduan yang lebih versatil, multi dan interdisiplin. Komponen teknologi maklumat dijangka mampu memberi kelebihan kepada para graduan BSPMTM untuk lebih berdaya saing berbanding dengan graduan Sains Sosial lepasan universiti dalam dan luar negara.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:
BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA DENGAN KEPUJIAN
Pengenalan
Program Bacelor Pengajian Pengguna dengan Kepujian (BPGK) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan pegawai yang:
BACELOR MUZIK DENGAN KEPUJIAN
Pengenalan
Program Bacelor Muzik dengan Kepujian (BMK) mencakupi pelbagai kursus dengan menekankan aspek muzik iaitu persembahan, teknologi muzik, komposisi, dan muzik terapi dengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan. Selain itu, pelajar berpeluang menjadi ahli Orkestra Simfoni, kumpulan muzik klasik atau kontemporari dan koir. Melalui program ini, dapat melahirkan graduan dalam bidang muzik yang bertaraf antarabangsa.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:
Kemaskini:: 16/03/2022 [aspah.kasim]