Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri
Keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai dan citarasa yang berbeza adakalanya sukar dipenuhi disebabkan oleh kekangan dari segi kemampuan kewangan. Tidak ramai dalam kalangan pengguna yang mampu untuk membeli kenderaan dan hartanah termasuk rumah yang mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit secara tunai. Bagi pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana mereka mungkin tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak di peringkat tertiari terutama di institusi pengajian tinggi swasta sekiranya tanpa bantuan kewangan. Solusi kepada situasi ini adalah dengan mengambil pinjaman sama ada pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan, pendidikan, perumahan termasuk kad kredit. Terdapat pelbagai kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan di negara ini bagi memudahkan pengguna untuk memiliki apa yang diidamkan dan memenuhi apa yang dihajati selama ini.
Pengguna atau peminjam perlu melakukan ‘homework’ sebelum mereka membuat keputusan untuk membuat sebarang pinjaman. Perancangan awal sebenarnya dapat memberi penjimatan terhadap faeadah atau caj yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamkan. Harus diingat bahawa perubahan yang sedikit dalam kadar faedah boleh mengakibatkan perubahan besar dalam jumlah pembayaran balik. Selain itu ia dapat membantu mengatasi masalah pinjaman tidak berbayar oleh peminjam. Pengguna perlu ada pengetahuan asas mengenai konsep “pinjaman”.
Di sini disenaraikan beberapa tips dan panduan yang dapat membantu pengguna atau peminjam sebelum mereka membuat keputusan untuk meminjam.
Anda boleh mendapatkan pakej pinjaman yang baik dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda dengan melengkapkan permohonan secara percuma dengan melayari laman sesawang seperti dinyatakan di atas. Anda boleh memilih pelbagai senario bagi tujuan perbandingan misalnya dengan memasukkan maklumat seperti jumlah pinjaman dimohon, jenis pinjaman, tempoh pinjaman, umur, gaji bulanan dan sebagainya. Walau pinjaman adalah satu bentuk kemudahan tetapi sekiranya ianya tidak diurus secara bijak ianya pasti akan mendatangkan bebanan kepada anda dan keluarga.
Penulis
Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Ahli Majlis Kebangsaan, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia
Date of Input: 14/02/2019 | Updated: 14/02/2019 | rozlita