Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri
Semua orang mengimpikan kehidupan persaraan yang selesa dan menyeronokkan setelah hampir 20 hingga 30 tahun usia mereka dihabiskan dalam alam pekerjaan. Impian hanya tinggal impian sekiranya perancangan dan persiapan yang teliti tidak dilakukan awal kerana menjelang usia persaraan, kita terdedah dengan pelbagai risiko terutamanya kesihatan. Kos perubatan yang semakin meningkat kesan daripada inflasi memberi tekanan kewangan bagi mereka yang tidak mempunyai persediaan yang rapi. Laporan Bank Negara Malaysia (2017) menunjukkan bahawa kadar inflasi kos perubatan di Malaysia semakin meningkat dan berada di paras 12 peratus. Manakala kaji selidik yang dilakukan oleh Marsh Insurance Broker (M) Sdn. Bhd. berkaitan inflasi perubatan negara-negara Asia mendapati Malaysia adalah negara ketiga di mana kadar inflasi perubatan adalah yang tertinggi di kalangan 11 negara Asia setelah India (14%) dan Indonesia (13.1%).
Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat di mana bagi perempuan adalah 77 tahun manakala lelaki adalah 72 tahun. Umumnya, umur persaraan di Malaysia adalah sekitar 60 tahun. Ini bermakna, seseorang pesara mempunyai tempoh masa antara 12 hingga 17 tahun lagi untuk terus hidup menjalani usia persaraan mereka. Pencen dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) merupakan dua sumber kewangan utama bagi mereka yang pernah bekerja sama ada di sektor awam, swasta mahupun menjalankan perniagaan sendiri. Kajian KWSP mendapati 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam tempoh lima tahun sehingga menyebabkan mereka terpaksa bekerja balik. Persoalannya ialah bagaimana pengguna boleh mengelak diri daripada menjadi miskin atau susah menjelang usia emas mereka.
Bagi menjawab persoalan tersebut, Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme @ PRS) boleh dipertimbangkan sebagai salah satu bentuk simpanan dan pelaburan untuk usia persaraan. PRS ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi persaraan mereka. Skim ini melengkapkan caruman mandatori yang dibuat kepada KWSP. Setiap PRS mengandungi pelbagai dana persaraan yang boleh dipilih oleh individu untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan mereka sendiri, matlamat dan tahap toleransi risiko.
Berikut dibincangkan beberapa kelebihan caruman dalam PRS kepada individu dan majikan:
Berikut disenaraikan beberapa istilah asas dan tips yang boleh dijadikan sebagai panduan sekiranya anda berminat untuk mencarum (menyumbang) dalam PRS:
Tiada jalan pintas untuk menuju ke arah kehidupan persaraan yang selesa. Kunci utama adalah perancangan dan persiapan yang sistematik perlu dilakukan seawal usia anda mula menempuh alam pekerjaan. Bak kata pepatah “Berakit-rakit ke hulu.. berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Penulis
Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Ahli Majlis Kebangsaan, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia
Date of Input: 05/03/2019 | Updated: 05/03/2019 | rozlita