Oleh: Ain Nisrin Adnin
Serdang - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima lawatan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bijaya Sura, Dungun, Terengganu pada 25 Julai 2018 (Rabu), bertempat di Bilik Sidang, FEM.
Seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 diiringi oleh 6 orang guru telah hadir bagi sesi penerangan dan pengenalan mengenai fakulti yang disampaikan oleh Dr. Azlina Mohd Khir, pensyarah dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia.
Tarikh Input: 26/07/2018 | Kemaskini: 14/08/2018 | rozlita