MAJLIS GRADUASI MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SESI 2023 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » MAJLIS GRADUASI MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SESI 2023

MAJLIS GRADUASI MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SESI 2023

Oleh:  Norhawati Saarani
          Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, FEM

 

 

SERDANG, 1 Februari 2024 - Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK), Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Majlis Graduasi MPK bagi sesi 2023 di Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

 

 

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Elistina binti Abu Bakar, Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Ekologi Manusia yang mengungkapkan kebanggaannya terhadap pencapaian semua kanak-kanak MPK dalam pembelajaran dan perkembangan mereka.

 

 

Sijil tamat persekolahan kanak-kanak Tadika UPM 5-6 tahun dan sijil penghargaan kanak-kanak Makmal Taman Asuhan (MTA) 4 tahun telah disampaikan kepada 52 kanak-kanak yang terlibat.
 

 

Pelbagai program kebudayaan dan kesenian ditampilkan oleh kanak-kanak dengan penuh semangat, menunjukkan kemahiran yang mereka peroleh sepanjang mengikuti sesi pembelajaran di MPK.

 

 

Majlis graduasi tahunan ini bukan sahaja merupakan penutup yang menyeronokkan untuk tahun pembelajaran kanak-kanak MPK, tetapi juga peristiwa yang membanggakan bagi semua yang terlibat termasuk pihak pengurusan FEM, tenaga pengajar, ibu bapa dan jawatankuasa penganjur. Dengan semangat dan keyakinan, para graduan tadika ini bersedia untuk menghadapi cabaran baru dalam perjalanan mereka untuk menjadi generasi peneraju masa depan.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/02/2024 | Kemaskini: 23/02/2024 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEbTAu~