Majlis Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia Dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM 2018 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Majlis Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM 2018

Majlis Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM 2018

Oleh:    Rosazizi Abd. Rahim

 

 

FACE UPM, Khamis, 22 November  2018

Majlis Konvokesyen Kanak-kanak MPK telah berlangsung dengan meriah pada 22 hb November (Khamis) jam 9.00 hingga 12 tengahari di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekologi Manusia, Prof Madya Dr Haslinda binti Abdullah.  Seramai 39 orang graduan kecil menamatkan pembelajaran di MPK pada konvokesyen kali ini.

Selain dari acara penyampaian sijil, sepuluh hadiah kecenderungan pembelajaran diberikan kepada sepuluh orang graduan enam tahun manakala sepuluh hadiah Take Home Book diberikan kepada graduan lima dan enam tahun serta ibubapa mereka.

Acara kemuncak adalah persembahan dari kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun dan diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Flashlight.

 

     
             
             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/11/2018 | Kemaskini: 28/11/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEaKAX~