Pelajar FEM Berbual Dengan Mangsa Gempa Bumi Kumamoto, Jepun | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Pelajar FEM Berbual Dengan Mangsa Gempa Bumi Kumamoto, Jepun

Pelajar FEM Berbual Dengan Mangsa Gempa Bumi Kumamoto, Jepun

Oleh: Dr. Chan Cheong Jan
         Jabatan Muzik, FEM

 

 

Spring Program, satu program mobiliti anjuran Cross-cultural and Multidisciplinary College, Kumamoto University, Jepun telah berlangsung dari 26 Februari hingga 10 Mac 2019. Lima pelajar pra-siswazah daripada Fakulti Ekologi Manusia telah mengambil bahagian sebagai peserta di bawah perjanjian MOU yang ditandatangani oleh UPM dan KU pada Ogos lalu.

Lawatan ini turut disertai oleh pensyarah kanan FEM, Dr Chan Cheong Jan, selama tiga hari, sebagai penyelaras bersama. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kuliah mengenai aspek sosio-budaya Jepun, lawatan ke Music Department, Kumamoto University; sesi interaksi dengan kanak-kanak di tadika Kami-no Goh, Kumamoto; serta lawatan untuk menziarahi mangsa gempa bumi yang berlaku pada 2016. Pelajar dari Jabatan Muzik, FEM, UPM telah memberi persembahan kepada kanak-kanak di tadika, berjumpa dengan wakil-wakil NGO di Kumamoto, serta berbual dengan warga tua yang masih menduduki di tempat pemindahan sementara sejak gempa bumi dua tahun yang lepas.

Lawatan ini juga merupakan program lanjutan daripada Heuta’18 yang berlangsung di FEM, Universiti Putra Malaysia pada Ogos 2018, di mana peserta-peserta Jepun yang melawat ke Universiti Putra Malaysia pada masa itu kali ini memainkan peranan tuan rumah kepada pelajar UPM yang melawat ke Jepun. Lawatan ini telah membuka minda pelajar UPM terhadap pendidikan dan pengurusan malapetaka di Jepun.

Diharap aktiviti sebegini dapat menghasilkan pelajar yang akan berazam untuk mengikuti pengajian sepenuh masa selama satu semester bagi kedua-dua insititusi.     


 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEaQA4~