Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa YH. Profesor Dato' Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM telah melantik YBhg. Profesor Dr. Haslinda binti Abdullah sebagai Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023.
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.
Sekian, terima kasih.
Tarikh Input: 01/07/2022 | Kemaskini: 01/07/2022 | aspah.kasim