SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) SIRI 1/2024 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) SIRI 1/2024

SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) SIRI 1/2024

 

Serdang, 6 Februari 2024 - Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) dan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Seminar Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Siri 1/2024 Peringkat Zon Tengah di Auditorium Jurutera Radin Omar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dilaksanakan selama setengah hari dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pekerja sosial dan pengamal sosial tentang keperluan pendidikan, latihan dan profesional berterusan apabila RUU Profesion Kerja Sosial diluluskan

Perasmian Seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faridah binti Awang, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM). Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Mohamad Fazli bin Sabri, Dekan Fakulti Ekologi Manusia serta pegawai dari fakulti tersebut.

Seramai 250 orang peserta dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, agensi luar seperti Jabatan Penjara Malaysia, Universiti Awam dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan turut menghadiri seminar tersebut.

Tarikh Input: 09/02/2024 | Kemaskini: 09/02/2024 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFJGAD~