Pelajar FEM UPM Anjur Program SULAM, Erat Hubungan Antara Universiti Dan Komuniti Alor Gajah | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Pelajar FEM UPM anjur program SULAM, erat hubungan antara universiti dan komuniti Alor Gajah

Pelajar FEM UPM anjur program SULAM, erat hubungan antara universiti dan komuniti Alor Gajah

ALOR GAJAH, 19 Jan – Seramai 64 orang pelajar kursus Pengantar Pembangunan Komuniti dari Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah melaksanakan Program ‘Service Learning Malaysia’ atau SULAM sebagai usaha untuk mendukung hasrat inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi merapatkan hubungan antara universiti dengan komuniti, di sini, baru-baru ini.

 
Program ini dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Melaka, Tuan Zahari Abd Kalil sebagai tanda sokongan dalam usaha mendekatkan pelajar dengan komuniti setempat.
Pengarah program, Dr. Puvaneswaran Kunasekaran berkata para pelajar dapat didedahkan pedagogi secara amali mengenai isu kontemporari komuniti dan strategi pelaksanaan kerja dalam pembangunan komuniti.
“Objektif utama projek SULAM adalah untuk meneruskan kesinambungan khidmat komuniti dalam masa jangka panjang serta kita mahukan pelajar berinteraksi dengan komuniti untuk mendapatkan pendedahan permasalahan sebenar komuniti,” katanya.
 
 
Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, FEM, UPM menyatakan usaha dan penglibatan bersama komuniti ini menyokong Pelan Strategik UPM 2021-2025 Matlamat 3 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
“Program ini tidak akan terhenti di sini sahaja kerana kita akan terus berkerjasama dengan pihak kampung memandangkan akan ada dua lagi lawatan yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar ini sepanjang pengajian mereka di UPM,” katanya.
 
Selain itu, pelbagai aktiviti komuniti telah dijalankan antaranya gotong-royong, lukisan mural, pembersihan ruang surau dan permainan tradisional telah mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung serta ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah dan ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Dalam pada itu, beberapa pelajar antarabangsa dari China, Indonesia dan Bangladesh turut bersama melibatkan diri dalam program ini. -UPM
 

Program ini telah memberikan pendedahan pedagogi hands-on kepada pelajar mengenai isu kontemporari komuniti dan strategi pelaksanaan kerja dalam pembangunan komuniti. Beberapa orang pelajar antarabangsa juga terlibat antaranya pelajar dari China, Indonesia dan Bangladesh dapat bersama-sama melalui pengalaman serta memahami hidup dan budaya kampung yang unik bersama komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti komuniti seperti gotong-royong, rewang, lukisan mural, pembersihan ruang surau dan permainan tradisional yang telah dijalankan oleh para pelajar mendapat sambutan dan penyertaan yang baik daripada penduduk kampung, ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah dan ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Program ini bukanlah bersifat aktiviti one-off di mana para pelajar tahun pertama ini juga akan terus berkerjasama dengan pihak kampung kerana akan ada dua lagi lawatan pada tahun kedua dan ketiga sepanjang tempoh pengajian mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berita Oleh: Dr. Puvaneswaran Kunasekaran, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Jurufoto: Encik Mohd Aspah Kasim, Pej. TDAA HEPA, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Date of Input: 15/01/2024 | Updated: 20/01/2024 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFEBAl~