OBSES PADA TELEFON PINTAR SECARA BERLEBIHAN BERI KESAN BURUK PADA PENGGUNA | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» ARTIKEL » OBSES PADA TELEFON PINTAR SECARA BERLEBIHAN BERI KESAN BURUK PADA PENGGUNA

OBSES PADA TELEFON PINTAR SECARA BERLEBIHAN BERI KESAN BURUK PADA PENGGUNA

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Ketua
Unit Pengembangan dan Pemindahan Ilmu
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
Exco

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA),
Sesi 2024-2026
Bidang Kepakaran: Ergonomik – Keselamatan dan Kesihatan Pengguna, Rekabentuk Produk Pengguna, Kelestarian Produk Pengguna
Email: irwansyah@upm.edu.my
No. Telefon: 012 275 2758

 

Umum ketahui, telefon pintar telah menjadi satu keperluan dikalangan rakyat Malaysia untuk mencapai atau memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh pengguna itu melalui kemudahan pelbagai aplikasi yang disediakan. Perkara ini telah menjadikan Malaysia sebagai negara ketagihan penggunaan telefon pintar tertinggi di dunia dengan menduduki tangga ke-3 di kalangan pengguna selepas daripada China dan Arab Saudi berdasarkan “World of Statistics” yang di dedahkan oleh aplikasi Twitter pada tahun 2023. Situasi ini sekiranya tidak di kawal selia dengan baik akan memberikan impak yang kurang baik kepada pengguna dari aspek kesihatan dan sosial.

Perkembangan ini di pandang dari sudut positif adalah sesuatu yang baik dan boleh di banggakan di kalangan negara- negara maju bahawa rakyat Malaysia celik teknologi dan meletakkan indikator bahawa negara pada landasan menuju sebaris dengan negara- negara maju. Meskipun begitu perkembangan ini sekiranya tidak dipantau dengan baik mampu memberikan kesan negatif dari pelbagai sudut kalangan pengguna itu sendiri dan menjadi satu penyakit yang dikenali sebagai “Nomophobia” iaitu takut akan kehilangan atau hidup tanpa telefon bimbit.

Ketagihan dan keobsesan ini turut di buktikan melalui data statistik (DOSM,2023) melaporkan peratusan capaian rangkaian ICT penggunaan telefon bimbit kalangan isi rumah adalah 99.3% pada tahun 2022. Melalui data yang sama, menyatakan bahawa pengguna lelaki adalah yang tertinggi (98.8%) berbanding dengan wanita (95.9%) dan 99.7% merupakan pengguna berumur antara 20 hingga 24 tahun. Data yang sama turut melaporkan bahawa ntara aplikasi yang menjadi tumpuan utama kalangan pengguna telefon pintar adalah rangkian sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan lain – lain lagi dengan peratusan 92.5% dan ikuti dengan aktiviti muat-turun kandungan (93.5%), carian maklumat berkaitan dengan pembelian barangan/perkhidmatan sebanyak 92.5% dan diikuti oleh muat- turun perisian/aplikasi (89.1%).

Obsess kepada penggunaan telefon pintar ini mendorong kepada gejala ketagihan yang sukar di kawal. Akibat daripada ketagihan ini akan mendorong kepada kesan negatif kalangan pengguna adalah masalah kesihatan yang terhasil secara kumulatif akibat daripada penggunaan telefon pintar yang tidak mengikut panduan sewajarnya. Penggunaan telefon pintar telah meningkat berlipat kali ganda apabila Ketika COVID-19 melanda negara, para pengguna mengggunakan banyak masa pada telefon pintar untuk saling berhubung, mendapatkan maklumat, melayari media sosial dan memuat-turun permainan bagi memenuhi masa semasa perintah kawalan di kuatkuasakan.

Adalah lebih malang lagi, ramai para pengguna tidak sedar bahawa telah berada dalam zon obsess atau ketagihan yang sukar di kawal. Situasi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan dewasa sahaja, adalah lebih merungsikan bahawa ketagihan ini telah merebak pada kanak- kanak. Sewajarnya pada usia semuda itu, perkembangan otak kanak- kanak haruslah tidak di dedahkan kepada elemen yang boleh membantutkan sel- sel otak memproses maklumat dalam bentuk logik secara semulajadi. Tidak sepatutnya sel otak memproses data- data yang di terima di luar kemampuan umur kanak -kanak itu dan akhirnya akan mendorong kepada kesan kesihatan dan perubahan tingkah laku yang menjurus kepada negatif. Ramai para pengguna gagal mengakui bahawa diri mereka telah memgalami penyakit “Nomophobia”.

Tanda Obsess Pada Telefon Pintar
Antara tanda-tanda seseorang itu telah mengalami gejala obsess pada telefon pintar adalah tidak dapat fokus pada sesuatu tugasan dilakukan dengan baik dan sering gagal menyiapkan tugasan hakiki dengan baik kerana masa banyak diluangkan untuk melayari aplikasi yang ada di telefon pintar. Prestasi dan produktiviti kerja akan menurun dengan begitu ketara sekali. Banyak kerja- kerja tidak dapat dilunaskan seperti di harapkan oleh majikan.

Seterusnya, pergaulan sosial dengan rakan- rakan atau ahli keluarga menjadi teruk akibat daripada masa banyak dihabiskan melayari aplikasi yang ada di telefon pintar. Jurang pergaulan sosial dengan masyarakat semakin melebar dan adab di antara indvidu semasa berkomunikasi juga tidak di hormati kerana penumpuan diberikan pada telefon atau gadjet yang sedang di gunakan Ketika itu. Keadaan ini telah memberikan gambaran bahawa pengasingan sosial telah di bina secara tidak langsung dengan dunia sebenar.

Gejala obsess pada telefon pintar juga dapat di kenal pasti dari tingkah laku pengguna itu sendiri apabila cuba menyembunyikan daripada di ketahui oleh individu lain berkenaan aktiviti penggunaan telefon itu. Emosi seseorang itu boleh secara tiba- tiba berubah menjadi marah atau menjengkelkan apabila di tegur semasa menggunakan aplikasi yang ada di telefon pintar. Perubahan emosi yang sukar di kawal ini jelas mengambarkan bahawa ketagihan pada penggunaan telefon pintar telah menguasai seseorang itu.

Manakala sikap tidak mampu menahan diri daripada ketinggalan daripada mendapat berita atau maklumat terkini sehingga sanggup tidak tidur malam atau meninggalkan perkara- perkara penting yang sememangnya perlu di lunaskan merupakan tanda bahawa seseorang itu telah mengalami obsess pada telefon pintar. Akhirnya sekali tanda- tanda ketagihan pada telefon pintar dapat di kenalpasti dengan merasa takut dan cemas atau panik sekiranya telefon pintar tidak dapat di akses atau tidak berada pada diri pengguna itu. Perasaan gusar dapat di lihat dengan jelas oleh individu lain walaupun sekadar bateri telefon semakin berkurang atau tidak dapat dihidupkan.

Adalah dengan jelas segala gejala ini menjurus kepada kesan yang tidak baik pada diri dan persekitraan sekeliling seseorang itu sekiranya tidak di tangani dengan baik dan di berikan perhatian yang lebih serius. Persekitaran yang kurang baik ini bukanlah terletak pada pihak kerajaan sehaja tetapi lebih kepada kesedaran diri pengguna itu. Adalah di harapkan kepada semua pengguna telefon pintar mengutamakan dari aspek penggunaan telefon pintar yang sewajarnya bagi meminimakan kesan buruk yang boleh mempengaruhi kesihatan diri dan persekitaraan sosial antara masyarakat.

 

Tarikh Input: 16/04/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | harnita_upm

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEeEAx~